Matlamat/Objektif
Matlamat/Objektif PSS
1. Kecemerlangan Pendidik
Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah.
2. Penggunaan Kemudahan
Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran
supaya tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.
3. Pemupukan Minat Belajar
Memupuk minat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan
penggunaan maklumat secara saintifik.
4. Penghasilan Bahan
Membantu pelajar dan guru menghasil, menilai dan menggandakan pelbagai alatan
dan bahan pengajaran-pembelajaran.
5. Perkhidmatan Pembelajaran
Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza
dalam kalangan pelajar.
6. Kemahiran Maklumat
Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.